Susah hati dan sedih T_T. Sobs. Kenapa? Sebab cousin kita, Ben, tegur kita dah kurus. Sobs. Macam orang dalam gambar di bawah.
Epp. Epp. Bukan orang berambut pendek itu ya. Itu lelaki. Kita bukan lelaki. Fokus kepada perempuan itu. Ye. KURUS SEPERTI KATE MOSS. Kalau dia kata hot macam Kate Moss, sedaplah juga telinga ni dengar. Urgh! Bulan puasa memang lah lagi kurus. Nampaknya kena makan lagi banyak lah ni. Malasnya. Ada sape-sape nak suapkan kita makan tak? Sweet u! Bahah.

Oh! Cakap pasal Ben, kita nak cerita something pasal dia. Budak ni masa kecik-kecik memang..*speechless*. Tak tau lah nak describe kan dia ni macam mana. Kalau dari segi fizikal, memang lah teramat comel. Dengan montel dia, bulat dia, debab dia, tambah lagi dengan ketot dia tu. Tapi jangan terpedaya dengan rupa paras dia. Bahaya budak ni.
Insiden pertama, budak ni dari dulu sampai sekarang obses dengan api. Kepada bakal isteri Ben, sila berhati-hati. Silap-silap rumah korang nanti jadi macam ni.
Pernah sekali ni, dia jumpa mancis api. Si comel yang debab ni pun naik lah tingkat atas dan masuk ke dalam bilik dia. Dia pun nyalakan lah mancis api tu. Agaknya dah lama dia simpan hasrat nak buat magic show, dia ambil penyembur nyamuk dan sembur kat mancis yg sedang berapi tuh. Korang boleh bayangkan tak budak kecil ketot debab buat macam tu? Habis terbakar tilam dalam bilik tuh T_T. Uncle I ingatkan budak nih dah hangus terbakar sekali sebab dia kata dia masuk je bilik tuh nampak sekujur tubuh atas tilam yang terbakar. Rupa-rupanya itu patung.

Insiden kedua, uncle I belikan dia kereta control mainan. Biasa lah tuh budak-budak lelaki main kereta control mainan. Tapi kalau dapat kat budak ni, memang dia takkan main. Habis tu dia buat apa? Dia ambil screwdriver dan bukak segala-gala apa yang boleh dibukak. Wayar, enjin, screw, tayar kereta semua entah ke mana. In the end, kereta control yang jangka hayatnya tak sampai sehari tuh bertemu ajalnya apabila bertuan kan budak ni. Lepas tu dia sorok tepi tong sampah dengan harapan lori sampah akan tiba secepat mungkin, hapuskan bahan bukti. Bijak, bijak.
Cukup cerita pasal budak nih. Tak sanggup nak sambung lagi sebab dia ada kat tepi I ni hah. Kang I senyum sorang-sorang terkantoi pulak tengah cerita pasal dia. Teehee. Nak tido pulak.
0 comments:
Post a Comment