New Barber In Town



Pada satu malam yang bosan di rumah..
Berkumpullah 3 beradik dalam bilik.
Sorang ni main-main dengan handphone, sorang berguling-guling atas katil, lagi sorang main rambut depan cermin. 

Cuba teka siapa tengah buat apa? (Kau ni suka bagi ayat yang orang pening nak baca tau). Maaf lah ye. Teehee.

Ok. Sambung cerita.

Lepas bosan main-main rambut, I tiba-tiba jerit 'Nak potong rambut!!!!!'. Ha, sekarang dah dapat jawapan siapa yang main rambut depan cermin tuh?:p Dan tiba-tiba terus si abang volunteer nak tolong potongkan rambut.

Erk? Mampu ke mamat nih? Terbenak sekejap di hati. (Terbenak? Ayat apa kau bagi nih ha?). Tapi sebab percayakan si abang, maka si adik merelakan rambutnya dipotong. Belum cuba belum tau kan. Lagi pun kalau suruh dia gunting, boleh demand-demand sikit nak pesen rambut macam mana. Kalau pergi salun, tiba-tiba jadi pemalu pulak kan. Barber tuh bagi tobek rambut pun kau cakap lawa. Bahah!

 

Cuba tengok muka control barber tuh. Tak boleh blah ye.  
Kesian I kena marah tau sebab tak duduk diam. Sobs.
Customer dia jugak yang mesra alam (Takde siapa nak tengok muka kau lah. Perasan je.)

Itu aktiviti si abang a.k.a barber.

Si adik yang sengal pulak buat apa?
Bodoh tau dia nih. Hahahaha.

Tengok bawah!

 Hasil kerja tangan Daniel Omar (Made of sisa rambut I dan cebisan kertas)

Tu lah dia kalau dah species terlebih rajin dan otak kreatif sangat.

Lepas hampir 2 jam (lama gila kau potong rambut aku barber oi), akhirnya siap jugak. Tu baru sesi potong je. Nasib baik dia shampoo sekali. 
Duh! Nikmat! Bahah.

TAPI...

Kena basuh rambut sendiri T_T
Tak guna punya barber. Biar customer terkontang-kanting dengan penuh shampoo di kepala. Hish.

Finally!!! Settle semuanya!!!
Nak tengok apa dah jadi pada rambut saya?
Gugugugu.. 


Cantik tak? Cantik tak? Cakap cantik cepat.

Terima kasih kepada hairstylist baru saya (Eceh, nak ayat 'hairstylist' kan) di atas dandanan awak itu.

Sekian. Tata. Muah.

0 comments: